MASAK PELBAGAI JENIS MASAKAN DENGAN HANYA BEBERAPA MINIT SAHAJA DENGAN PERIUK AJAIB NOXXA
Di sini kami ingin mengenalkan periuk MAGIC... NOXXA PRESSURE COOKER.
Dengan Noxxa Pressure Cooker, anda boleh menggoreng, memanggang, merebus, mengukus, memasak nasi.... sungguh mudah. Dengan 7 minit, nasi sudah tersedia, termasuk Nasi Arab, Nasi Dagang dan sebagainya. Memasak pelbagai masakan dengan dengan lebih mudah dan senang dan menjimatkan masa terutama kepada suri rumah yang bekerja.
Anda juga mampu membuat dodol sendiri di dalam periuk Noxxa, hanya 25 minit. Cepat dan mudah bukan !
Kepada yang berminat untuk mendapatkan periuk Noxxa Pressure Cooker, sila hubungi kami . (Puan Fizah)
Saya juga tidak keberatan memberi beberapa resepi yang telah dibuat menggunakan periuk NOXXA ini.
NASI ARAB
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara2nya penyediaan ayam
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)
No comments:
Post a Comment