Salam kepada pengunjung blog Sebanekashoponline....minggu ini saya masukkan semula resepi untuk biskut kruncy almond yang amat menjadi kegilaan ramai. Seperti biasa semua orang mengeluh dengan kenaikan harga barang terkini + dengan GST. Tentu para ibu merugut dengan kenaikan harga yang melambung naik dan tidak terkecuali barang2 di kedai bakery. Tahun 2014, barangan untuk membuat biskut ini agak mahal jadi ditahun 2015 rasa harga akan terus meningkat naik. Justeru itu, diminta para ibu2 membuat biskut untuk santapan keluarga dengan air tangan sendiri dan ini lebih menjimatkan kos dari membeli biskut dikedai2 lain. Tapi sekiranya ibu2 mampu untuk membeli dan merasakan membeli lebih berbaloi dari membuat sendiri ianya tidak menjadi masalah..kata orang tepuk dada tanya selera.
Minggu ni saya sibuk membuat biskut krunchy karamel almond untuk kudapan keluarga. Mula-mula buat untuk makan sendiri sahaja..tapi rasa kalau mahu mencari duit lebihan apa salahnya kita buat untuk jualan pada kawan-kawan.
Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa saya beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Harga Kuaci bunga matahari 100gram RM 2.50 dan kuaca yg warna hijau 100 gram RM 3.50.
Harganya untuk membuat biskut ini memang mahal tapi berbaloi kalau untuk makan sendiri. Harga pasaran sekarang 1 bekas kecil biskut ni orang jual dengan harga RM 25.00 sebalang itu sebelum GST ye, tapi sekali hadap je...kalau buat sendiri bolehlah dapat 2 atau 3 balang.
Kat sini saya paparkan resepi yang saya ambil dari blog masam manis iaitu puan ita.
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
so apa lagi, mai mai jom buat....kalau nak order juga boleh, call saya di 012 9151840.
No comments:
Post a Comment